Sunday, 8 May 2011

Taklimat Pengenalan Catur Bistari

Pada 7 Mei 2011 (Sabtu), Kelab Didik Bistari telah menjemput En. Ramli Bin Hj. Abdullah, wakil Johor Corporation untuk menyampaikan taklimat dan simulasi tentang Catur Bistari. Program yang pertama kali dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Kelab Didik Bistari SKSK ini bertujuan mendedahkan kepada murid satu lagi 'board game' yang dapat memupuk minat keusahawanan.

Thursday, 5 May 2011

Istimewa Hari Ibu dan Hari Guru!


Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal menjelang tidak lama lagi, Didik Bistari SKSK ingin menjual 'special lolichoc' yang pelbagai bentuk dan warna. Lolichoc yang enak ini sesuai dihadiahkan kepada ibu, guru-guru, rakan-rakan atau dimakan sendiri. Setiap pembelian lolichoc berharga RM1.50 ini diberi percuma pilihan kad comel Hari Ibu atau Hari Guru. Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya di gerai Didik Bistari. Kuantiti terhad 100 batang sahaja!

Saturday, 30 April 2011

Kertas Kerja Cabaran Catur Bistari

Kertas Kerja Cabaran Catur Bistari SK Seri Kenanga 2011

Saturday, 2 April 2011

Kursus Orientasi Usahawan Muda Didik Bistari 2011

Berikut rakaman foto sepanjang kursus dijalankan di Sekolah Tun Fatimah. Terima kasih, jCorp!

Murid-murid bersarapan pagi di Kafeteria STF

Kecerian terpancar di wajah-wajah peserta, peace!

Berdua lebih baik? Amir 'control macho' tapi Megat cam malu-malulah pula ya!

Program Usahawan Muda Didik Bistari 2011

Mengisi borang maklumat diri sebelum slot bengkel bermula

En. Azhar Arifin, penceramah Ilham Management memberikan taklimat aturcara program

Barisan Ketua Eksekutif Didik Bistari Daerah Johor Bahru yang hadir

Siti Shaveera menyampaikan pesanan daripada KE kepada penceramah

Berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang diberi

Meh, ustazah tengokkan?

KE, Saudari Nurul Izzah masih sibuk menulis

Pembentangan tugasan oleh Saudari Anis Natasya, tahniah!

Tugasan melengkapkan borang akaun debit dan kredit

Semangat ya 'Ain? Semangat usahawan jihad bisnes

Khusyuk melaksanakan tugasan akaun

Ucapan perasmian oleh Timbalan PPD Daerah Johor Bahru, Tn. Haji Kamaruddin Bin Sa'ayun

Gagah perkasa mengusung Catur Bistari :)

Khusyuk makan hingga tak perasan gambar diambil!

Simulasi pertuturan berirama dari Didik Bistari SK Convent

Tag yang diberi kepada setiap guru pembimbing dan peserta


Ustazah pun khusyuk juga tau!

Taklimat simulasi Catur Bistari oleh moderator, Abang Anuar

Amboi, semangatnya KE kita ni?

Selak buku panduan tu Hazirah, jangan tak selak!

Bergambar sementara menunggu giliran mengambil burger KFC

La.. kenapalah Megat tak tengok kamera ni?

"SK Seri Kenanga ada berapa orang?" tanya En. Azhar.

Enjoy! Kenangan Kursus Orientasi Didik Bistari 2011 di Sekolah Tun Fatimah

Monday, 28 March 2011

Program Didik BISTARI 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Johor Corporation dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru akan menganjurkan Kursus Orientasi Didik BISTARI 2011 bagi Daerah Johor Bahru seperti berikut:



Berikut merupakan senarai nama 10 orang murid yang terpilih:
1. Nurul Izzah Binti Cikal (6 Arif) - Ketua
2. Nuraqilah Binti Ramly (5 Arif) - Penolong
3. Nur Aliah Binti Nasarudin (6 Arif)
4. Siti Shaveera Binti Md. Shadip (6 Arif)
5. Megat Zahiruddin Bin Megat Jamual Fawaeed (5 Arif)
6. Muhammad Amir Bin Mustapha (5 Arif)
7. Nur Hazirah Binti Cikal (5 Arif)
8. Anis Natasya Binti Abdul Malek (5 Arif)
9. Fatin Nabila Binti Jumahat (4 Arif)
10. Nur 'Ain Binti Borhan (4 Bestari)



Saturday, 5 March 2011

Latar Belakang Catur BISTARI



PENGENALAN

APA ITU CATUR BISTARI?

1. Permainan yang mendidik ilmu dan amalan bisnes untuk anak-anak belajar berdikari.
2. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan anak-anak.
3. Pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.
4. Sesuai untuk bersama anak-anak berumur 6 tahun ke atas, dengan bimbingan ibubapa dan seluruh keluarga.

KONSEP CATUR BISTARI

1. Permainan “Catur” bermaksud “Board Game”.
2. Istilah “Catur” dan bukan “Dam” digunakan memberi maksud ia satu permainan yang bukan bertujuan untuk hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi.
3. “Catur” juga bermaksud mempunyai ciri “percaturan” atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri “ketajaman” akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.

OBJEKTIF PERTANDINGAN CATUR BISTARI

Objektif penganjuran Cabaran CATUR BISTARI adalah seperti berikut:

a)Mencetus minat dan kesedaran kepada para pelajar dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan;
b)Membentuk budaya dan minat bagi menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan di masa akan datang;
c)Memupuk nilai-nilai keusahawanan yang tulen seperti :
       i)Belajar untuk mengambil risiko; 
      ii)Membina kecekapan dan kemahiran perundingan; 
     iii)Memupuk minda keusahawanan ; 
     iv)Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan; dan 
      v)Mengembangkan jaringan usahasama.