Saturday, 30 April 2011
Saturday, 2 April 2011
Kursus Orientasi Usahawan Muda Didik Bistari 2011
Berikut rakaman foto sepanjang kursus dijalankan di Sekolah Tun Fatimah. Terima kasih, jCorp!
Murid-murid bersarapan pagi di Kafeteria STF |
Kecerian terpancar di wajah-wajah peserta, peace! |
Berdua lebih baik? Amir 'control macho' tapi Megat cam malu-malulah pula ya! |
Program Usahawan Muda Didik Bistari 2011 |
Mengisi borang maklumat diri sebelum slot bengkel bermula |
En. Azhar Arifin, penceramah Ilham Management memberikan taklimat aturcara program |
Barisan Ketua Eksekutif Didik Bistari Daerah Johor Bahru yang hadir |
Siti Shaveera menyampaikan pesanan daripada KE kepada penceramah |
Berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang diberi |
Meh, ustazah tengokkan? |
KE, Saudari Nurul Izzah masih sibuk menulis |
Pembentangan tugasan oleh Saudari Anis Natasya, tahniah! |
Tugasan melengkapkan borang akaun debit dan kredit |
Semangat ya 'Ain? Semangat usahawan jihad bisnes |
Khusyuk melaksanakan tugasan akaun |
Ucapan perasmian oleh Timbalan PPD Daerah Johor Bahru, Tn. Haji Kamaruddin Bin Sa'ayun |
Gagah perkasa mengusung Catur Bistari :) |
Khusyuk makan hingga tak perasan gambar diambil! |
Simulasi pertuturan berirama dari Didik Bistari SK Convent |
Tag yang diberi kepada setiap guru pembimbing dan peserta |
Ustazah pun khusyuk juga tau! |
Taklimat simulasi Catur Bistari oleh moderator, Abang Anuar |
Amboi, semangatnya KE kita ni? |
Selak buku panduan tu Hazirah, jangan tak selak! |
Bergambar sementara menunggu giliran mengambil burger KFC |
La.. kenapalah Megat tak tengok kamera ni? |
"SK Seri Kenanga ada berapa orang?" tanya En. Azhar. |
Enjoy! Kenangan Kursus Orientasi Didik Bistari 2011 di Sekolah Tun Fatimah |
Monday, 28 March 2011
Program Didik BISTARI 2011
Adalah dimaklumkan bahawa Johor Corporation dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru akan menganjurkan Kursus Orientasi Didik BISTARI 2011 bagi Daerah Johor Bahru seperti berikut:
Berikut merupakan senarai nama 10 orang murid yang terpilih:
1. Nurul Izzah Binti Cikal (6 Arif) - Ketua
2. Nuraqilah Binti Ramly (5 Arif) - Penolong
3. Nur Aliah Binti Nasarudin (6 Arif)
4. Siti Shaveera Binti Md. Shadip (6 Arif)
5. Megat Zahiruddin Bin Megat Jamual Fawaeed (5 Arif)
6. Muhammad Amir Bin Mustapha (5 Arif)7. Nur Hazirah Binti Cikal (5 Arif)
8. Anis Natasya Binti Abdul Malek (5 Arif)
9. Fatin Nabila Binti Jumahat (4 Arif)
10. Nur 'Ain Binti Borhan (4 Bestari)
Saturday, 5 March 2011
Latar Belakang Catur BISTARI
PENGENALAN
APA ITU CATUR BISTARI?
1. Permainan yang mendidik ilmu dan amalan bisnes untuk anak-anak belajar berdikari.
2. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan anak-anak.
3. Pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.
4. Sesuai untuk bersama anak-anak berumur 6 tahun ke atas, dengan bimbingan ibubapa dan seluruh keluarga.
KONSEP CATUR BISTARI
1. Permainan “Catur” bermaksud “Board Game”.
2. Istilah “Catur” dan bukan “Dam” digunakan memberi maksud ia satu permainan yang bukan bertujuan untuk hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi.
3. “Catur” juga bermaksud mempunyai ciri “percaturan” atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri “ketajaman” akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.
OBJEKTIF PERTANDINGAN CATUR BISTARI
Objektif penganjuran Cabaran CATUR BISTARI adalah seperti berikut:
a)Mencetus minat dan kesedaran kepada para pelajar dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan;
b)Membentuk budaya dan minat bagi menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan di masa akan datang;
c)Memupuk nilai-nilai keusahawanan yang tulen seperti :
i)Belajar untuk mengambil risiko;
ii)Membina kecekapan dan kemahiran perundingan;
iii)Memupuk minda keusahawanan ;
iv)Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan; dan
v)Mengembangkan jaringan usahasama.
Thursday, 3 March 2011
Sunday, 27 February 2011
JCorp ajak belia lebih aktif - Sinar Harian
JOHOR BAHRU – Johor Corporation (JCorp) menggalakkan generasi muda sentiasa bergiat aktif dan bergerak menjalankan aktiviti keusahawanan sebagai alternatif menjana pendapatan sekali gus menjamin masa depan yang cerah.
Subscribe to:
Posts (Atom)