Friday, 29 July 2011

Sesi Perbincangan Guru Pembimbing Tunas & Didik BISTARI 2011

Berikut antara foto-foto yang dirakamkan sepanjang program Sesi Perbincangan Guru Pembimbing Tunas & Didik BISTARI  Daerah Johor Bahru 2011 dijalankan. Foto-foto telah dimuat turun daripada laman Facebook Official Catur Bistari Fanpage.

Sesi perbincangan dijalankan di Bilik Mesyuarat, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

Tuesday, 19 July 2011

Sesi Perbincangan Guru Pembimbing Tunas dan Didik BISTARI

Agenda Perbincangan
Bersama Guru Pembimbing Tunas dan Didik BISTARI
Daerah Johor Bahru 2011

Tarikh   : 28 Julai 2011
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

Thursday, 30 June 2011

Hari Terbuka SK Seri Kenanga

Pada 25 Jun 2011, SK Seri Kenanga telah mengadakan Hari Terbuka 2011 bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu dengan guru kelas bagi mengetahui perkembangan prestasi dan tahap pembelajaran anak mereka.

Monday, 23 May 2011

Tahniah kepada Pemenang Utama!

Pemenang utama akhirnya telah dipilih setelah semua 'banker' membuat kira-kira ke atas nilai aset setiap pemain. Oleh itu, pada 23 Mei 2011, tiga pemenang utama peringkat sekolah yang berjaya mengumpul nilai aset tertinggi telah diumumkan. Hadiah disampaikan oleh Pn. Maselah Binti Mohd Tahir, Guru Besar SKSK.

Saturday, 21 May 2011

Cabaran Catur Bistari SKSK 2011

Pada 21 Mei 2011, Kelab Didik Bistari dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKSK julung-julung kalinya telah mengadakan Cabaran Catur Bistari Peringkat Sekolah. Pertandingan ini telah disertai oleh 52 orang peserta dari tahun 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif dan 5 Bestari manakala 'banker' terdiri daripada 9 orang ahli kelab tahun 6 Arif.