Program Didik BISTARI telah dilancarkan pada tahun 2005 dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor. Objektif program adalah mencetus minat dan kesedaran kepada murid sekolah rendah dalam aspek berkaitan dengan bidang keusahawanan.
Sejak dilancarkan sehingga kini, sebanyak 100 buah sekolah rendah telah mengikuti program ini dengan penglibatan seramai 4,210 orang murid sekolah rendah. Bagi tahun 2011, sebanyak 100 buah sekolah akan terlibat di dalam program Didik BISTARI melibatkan seramai 1,000 orang murid dan 200 orang guru pembimbing.
Sejak dilancarkan sehingga kini, sebanyak 100 buah sekolah rendah telah mengikuti program ini dengan penglibatan seramai 4,210 orang murid sekolah rendah. Bagi tahun 2011, sebanyak 100 buah sekolah akan terlibat di dalam program Didik BISTARI melibatkan seramai 1,000 orang murid dan 200 orang guru pembimbing.
Pelaksanaan program dibuat melalui dua pendekatan iaitu latihan dalam kelas dan latihan praktikal yang dijalankan di sekolah dan penempatan para pelajar di premis perniagaan.
1. Latihan Dalam Kelas
Program akan dikendalikan pada dua peringkat iaitu program pengenalan/asas keusahawanan yang dijalankan pada awal tahun dan program pengukuhan dan penilaian yang dibuat pada akhir tahun.
Modul 1 : Program Pengenalan/Asas Keusahawanan
Pendedahan secara teori dan latihan akan diberikan melalui modul-modul yang telah dibina khas untuk program ini iaitu:
i) Mengenali Dunia Keusahawanan
Sesi Perkongsian Pengalaman dengan usahawan-usahawan yang terpilih bagi menarik minat murid-murid dalam bidang keusahawanan.
ii) Kepimpinan dan “Teamwork”
Aktiviti berkumpulan tertumpu kepada membina kekuatan kumpulan dan kepimpinan.
iii) Asas Kewangan dan Pemasaran
Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan konsep tentang asas kewangan; modal, perbelanjaan dan pendapatan.
Melalui program ini juga mereka dikehendaki membuat latihan ‘role play’ berkaitan aktiviti pengurusan kewangan dan aktiviti jualan.
Murid-murid akan diberi bimbingan melalui sesi ceramah, bengkel, permainan perniagaan dan latihan keusahawanan untuk mengukur sejauh mana kefahaman murid-murid mengenai konsep keusahawanan yang disampaikan. Segala aktiviti murid-murid akan dinilai dan diberikan markah.
Modul 2 : Program Pengukuhan Dan Penilaian
Di peringkat ini, murid-murid akan diberi latihan lanjutan keusahawanan secara berkumpulan dan membuat persembahan perniagaan dan menjalani program berbentuk “role play” dan “Business Games” dengan melakonkan watak berkaitan dengan keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan. Melalui aktiviti ini juga murid-murid akan dinilai penglibatan mereka secara berkumpulan.
OBJEKTIF PROGRAM DIDIK BISTARI
Mencetus minat dan kesedaran kepada para pelajar sekolah rendah dalam aspek yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.
Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan para pelajar bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment