Saturday 26 February 2011

Majlis Perasmian Hari Bistari 2011

Pada Jumaat, 25 Februari 2011 bersamaan 22 Rabiul Awwal 1432H yang lalu, 2 orang ahli Kelab Didik Bistari  SK Seri Kenanga iaitu Nurul Izzah dan Nurmasyitah (Tahun 6 Arif) bersama dua guru pembimbing, Cikgu Nurul 'Aqilah dan Ustazah Shazana telah menghadiri Majlis Perasmian Hari Bistari 2011 yang telah dianjurkan oleh Johor Corporation di Persada, Johor Bahru. Sesi pagi diadakan Pembentangan Laporan Syarikat Tunas Bistari Peringkat Akhir manakala Majlis Perasmian Hari Bistari pula pada sebelah petang.

Kulit depan buku program Perasmian Hari BISTARI 2011 
yang diedarkan kepada para tetamu dan jemputan

Bertempat di Johor International Convention Centre @ Persada Johor.

Mendengar sesi pembentangan peringkat akhir Syarikat Tunas BISTARI 2010

Pentas utama Perasmian Hari Bistari 2011

Syarikat TFNet dari Sekolah Tun Fatimah muncul sebagai johan Anugerah Syarikat Cemerlang Tunas BISTARI 2010



Gerai Ayamas

Gerai Informasi KFCH International College

Gerai TFNet (Johan Anugerah Cemerlang Syarikat Tunas BISTARI 2010)

Gerai Wadi Sofea (Naib Johan Anugerah Cemerlang Syarikat Tunas BISTARI 2010)

Gerai Toko-Yuri Sdn. Bhd dari SMK Tun Syed Nasir Ahmad



Gerai Smartech dari SMK Vokasional Segamat

Gerai refleksologi khas Orang Kelainan Upaya (OKU)

Peserta sabar menunggu makan tengah hari diedarkan

Makan tengah hari ditaja oleh Syarikat Ayamas
Daftar masuk sebelum Majlis Perasmian Hari BISTARI 2011

Majlis dirasmikan bertempat di Dewan Tanjung Puteri 301

Para jemputan dan tetamu yang hadir

Bacaan Doa oleh Imam Masjid Kotaraya

Ucapan oleh Wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Johor

No comments:

Post a Comment