Pemenang utama akhirnya telah dipilih setelah semua 'banker' membuat kira-kira ke atas nilai aset setiap pemain. Oleh itu, pada 23 Mei 2011, tiga pemenang utama peringkat sekolah yang berjaya mengumpul nilai aset tertinggi telah diumumkan. Hadiah disampaikan oleh Pn. Maselah Binti Mohd Tahir, Guru Besar SKSK.
Monday, 23 May 2011
Saturday, 21 May 2011
Cabaran Catur Bistari SKSK 2011
Pada 21 Mei 2011, Kelab Didik Bistari dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKSK julung-julung kalinya telah mengadakan Cabaran Catur Bistari Peringkat Sekolah. Pertandingan ini telah disertai oleh 52 orang peserta dari tahun 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif dan 5 Bestari manakala 'banker' terdiri daripada 9 orang ahli kelab tahun 6 Arif.
Thursday, 19 May 2011
Tuesday, 17 May 2011
Gerai Jualan Hari Guru
Sempena sambutan Hari Guru, 16 Mei 2011, Kelab Didik Bistari SKSK telah membuka gerai jualan minuman dan makanan. Jualan dibahagikan kepada 4 gerai dan kumpulan murid bertugas di pintu kelas 6 Bestari dan 6 Cemerlang. Antara yang dijual seperti air kotak (lemon, anggur dan oren), ais polly, jelly (anggur, strawberi dan oren), 'cupcakes' istimewa Hari Guru dan makanan bergoreng.
Monday, 9 May 2011
Sunday, 8 May 2011
Taklimat Pengenalan Catur Bistari
Pada 7 Mei 2011 (Sabtu), Kelab Didik Bistari telah menjemput En. Ramli Bin Hj. Abdullah, wakil Johor Corporation untuk menyampaikan taklimat dan simulasi tentang Catur Bistari. Program yang pertama kali dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Kelab Didik Bistari SKSK ini bertujuan mendedahkan kepada murid satu lagi 'board game' yang dapat memupuk minat keusahawanan.
Thursday, 5 May 2011
Istimewa Hari Ibu dan Hari Guru!
Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal menjelang tidak lama lagi, Didik Bistari SKSK ingin menjual 'special lolichoc' yang pelbagai bentuk dan warna. Lolichoc yang enak ini sesuai dihadiahkan kepada ibu, guru-guru, rakan-rakan atau dimakan sendiri. Setiap pembelian lolichoc berharga RM1.50 ini diberi percuma pilihan kad comel Hari Ibu atau Hari Guru. Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya di gerai Didik Bistari. Kuantiti terhad 100 batang sahaja!
Subscribe to:
Posts (Atom)