Tuesday, 17 May 2011

Gerai Jualan Hari Guru

Sempena sambutan Hari Guru, 16 Mei 2011, Kelab Didik Bistari SKSK telah membuka gerai jualan minuman dan makanan. Jualan dibahagikan kepada 4 gerai dan kumpulan murid bertugas di pintu kelas 6 Bestari dan 6 Cemerlang. Antara yang dijual seperti air kotak (lemon, anggur dan oren), ais polly, jelly (anggur, strawberi dan oren), 'cupcakes' istimewa Hari Guru dan makanan bergoreng.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada murid-murid memandangkan pada hari tersebut semua murid bersekolah sesi pagi. Tambahan pula ahli kelab bersungguh-sungguh mempromosi dan menjual minuman dan makanan tersebut bukan sahaja di gerai tapi di kawasan murid berkumpul. Berikut iklan dan foto-foto yang sempat dirakamkan.





Jualan gerai A @ 6Bestari
Jualan gerai B @ 6Bestari

Jualan gerai C @ 6 Cemerlang

Jualan gerai D @ 6 Cemerlang


Guru pembimbing Didik Bistari 2011, Cikgu 'Aqilah dan Ustazah Shazana

Ahli kelab Didik Bistari, Megat, Amir dan Iqbal

Izzati, Izzah, Shaveera, Fatin dan Atasha mempromosi cupcake dan jelly

Ahli kelab ceria berposing di salah satu gerai jualan

Gerai diserbu murid-murid yang ingin membeli

Beratur menunggu giliran membeli makanan



1 comment: