Thursday, 30 June 2011

Hari Terbuka SK Seri Kenanga

Pada 25 Jun 2011, SK Seri Kenanga telah mengadakan Hari Terbuka 2011 bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu dengan guru kelas bagi mengetahui perkembangan prestasi dan tahap pembelajaran anak mereka.

Perjumpaan ibu bapa murid prasekolah diadakan di prasekolah manakala tahun 1 hingga 5 di foyer terbuka.Bagi murid tahun 6, taklimat pihak pentadbir bersama ibu bapa telah diadakan di Dewan Permata SK Seri Kenanga sebelum perjumpaan dengan guru kelas di kelas masing-masing. Apa yang menariknya, Hari Terbuka SKSK tahun ini dimeriahkan dengan jualan pelbagai gerai makanan, minuman, barang-barang keperluan harian dan lain-lain. Kelab Didik Bistari SKSK turut mengambil peluang dengan membuka gerai menjual makanan ringan seperti Dadih, buah-buahan, kerepek, pelbagai jenis coklat Appollo dan lain-lain.

Foto-foto dimuatnaik dari blogspot SK Seri Kenanga.

Perjumpaan ibu bapa murid tahun 1 - 6 di foyer terbuka

Ibu bapa menunggu giliran bertemu dengan guru kelas anak masing-masing

Barisan pentadbir SKSK, dari kanan Guru Besar, PK 1 dan PK Kokurikulum

Ibu bapa murid tahun 6 menghadiri taklimat di Dewan Permata SKSK
Pengerusi BKGK, bertanggungjawab memastikan Hari Terbuka berjalan dengan lancar
Gerai jualan Kelab Didik Bistari SKSK

Jom serbu!
Gerai jualan kain dan pakaian
Gerai jualan makanan berat dan lauk-pauk oleh PIBG SKSK
Gerai jualan air goncang yang sentiasa mendapat perhatian
Gerai jualan pelbagai jenis tudung
Pihak kantin sekolah turut menyewa gerai menjual makanan
Gerai jualan pakaian 'bundle' BKGK
Gerai jualan barangan makanan kering BKGK
Gerai jualan sayur-sayuran ditaja oleh ibu bapa murid

Gerai jualan pelbagai jenis air minuman BKGK
Gerai Takaful Ikhlas
Gerai Public Mutual
Gerai kebab dan keropok lekor panas
YDP PIBG SKSK dan gerai kopi beliau
Terima kasih kepada orang ramai memeriahkan jualan hari terbuka!

No comments:

Post a Comment